Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar menjadi pelanggan pertama menerima kereta Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan Khamis lalu.

Abdul Wahid ketika menerima penyerahan model terbaharu Perodua itu jelas berbangga menjadi pelanggan pertama sejak dilancarkan.

Jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kereta berkenaan bakal digunakan oleh keluarganya.

Lebih menarik apabila plat nombor pendaftarannya seakan sama dengan nama beliau iaitu "WA41D".

Perodua setakat ini mengesahkan telah menerima tempahan terhadap model baharu Myvi sebanyak 6,000 unit sehingga 17 November lalu.

Kereta kompak paling diminati di Malaysia itu dibuka untuk tempahan bermula 9 November lalu.