Langkah kerajaan mewajibkan semua ahli Parlimen termasuk pembangkang, mengisytiharkan pendapatan dan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah bertujuan untuk berbangga.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya ia bertujuan membolehkan kerajaan mengetahui sekiranya terdapat mana-mana anggota pentadbiran atau ahli Parlimen yang secara mendadak memiliki harta yang berlebihan selepas pengisytiharan dilakukan.
"Kalau pengisytiharan harta itu bermaksud untuk bermewah-mewah atau berbangga-bangga tentulah ia ditolak tapi perisytiharan ini untuk pastikan harta yang diperolehi secara halal dan teratur dan (yang) tidak diambil tanah, balak, saham, projek sama ada dia itu UMNO, PKR, DAP atau PAS.
"Kalau kita enggan untuk isytihar, orang akan tanya kenapa beberapa pemimpin PAS bimbang apabila didedahkan kekayaannya itu terlalu banyak ada balak, ada tanah, ada saham? Kerana ini juga maklumat umum (yang menyatakan) ada beberapa pemimpin yang ada dana atau pun tanah, harta yang berlebihan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang dan perjumpaan bersama pimpinan PKR Negeri Sembilan dan Melaka, di sini, hari ini.
BACA: Idea isytihar harta merupakan teori komunis dan sosialis - Pas
Anwar, yang Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini yang dilapor sebagai berkata menyifatkan idea pengisytiharan harta secara umum merupakan teori komunis dan sosialis.
Abdul Hadi berkata ada kemungkinan idea itu diceduk dari pemikiran sosialis yang dibawa oleh parti DAP.
BACA: Isytihar harta: Pas nafi perkuda agama
Mengambil contoh Umar Abdul Aziz semasa menjadi khalifah, Anwar berkata, beliau juga turut melakukan pemeriksaan inventori terhadap setiap harta miliknya, keluarganya dan juga negaranya, malah di Indonesia, perkara yang serupa juga dilaksanakan, bagi memastikan harta dimiliki melalui saluran yang sah.
"Kalau kita ambil iktibar itu, tujuan kita supaya bila kita ada maklumat itu kita juga ada kesempatan untuk menilai dan kemudian kalau ditambah (hartanya) umpamanya 400 ekar tanah balak di Perak, Kelantan atau projek di Terengganu, terus kita tahu bahawa dia salah guna kuasa.
"Itu maksud atau tujuan atau usul (daripada Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) untuk meminta pertamanya anggota pentadbiran dan kedua, ahli Parlimen (isytihar harta) dan (sebagai) ahli Parlimen, dia yang tentukan dasar, dia yang bercakap soal ketelusan, soal antirasuah cumanya kita takut isytihar harta sebab apa," katanya.
BACA: Proses isytihar harta Ahli Parlimen sehingga Oktober
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019
Anwar mengambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz yang melakukan pemeriksaan inventori terhadap setiap harta miliknya, keluarganya dan juga negaranya. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.