Walaupun berhadapan dengan persiapan kurang sempurna, pengendali skuad bawah 22 tahun negara Datuk Ong Kim Swee berkeyakinan Malaysia tetap bersedia untuk mengharungi cabaran pusingan kelayakan Kumpulan H esok.
Menurutnya, matlamat pasukannya adalah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 23 Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) di China kelak.
"Walaupun pasukan ini berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pemain, saya percaya semua pemain sudah bersedia dan tujuan kita adalah untuk layak ke pusingan akhir tahun depan," katanya pada sidang media hari ini.
Pasukan negara akan membuka tirai dengan bertemu Indonesia 4 petang waktu tempatan (5 petang Malaysia) esok di Stadium Nasional Supachasalasai di Bangkok.
Kim Swee berkata semua pasukan yang bertanding pada pusingan kelayakan terutamanya Indonesia dan Thailand telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi cabaran yang bermula esok.
Indonesia yang mengadakan latihan pusat agak lama serta tuan rumah merupakan pasukan pilihan pada pusingan kelayakan ini, tanpa menolak cabaran daripada pasukan Mongolia, kata jurulatih berumur 46 tahun itu.
Kim Swee berhadapan dengan masalah untuk menyediakan pasukan bagi cabaran di Bangkok berikutan keengganan beberapa pasukan Liga Malaysia melepaskan pemain mereka berikutan jadual liga yang ketat.
Jurulatih itu hanya mampu mengumpulkan pemain-pemainnya untuk latihan pusat kira-kira lima hari sebelum berlepas ke Bangkok semalam.
Sementara itu, Ketua Pasukan negara Adib Zainuddin yang turut hadir pada sidang media itu berkata persiapan kurang sempurna pasukan tidak boleh dijadikan alasan.
"Ia bukanlah satu alasan untuk pasukan tidak berjuang habis-habisan untuk layak ke pusingan akhir di China tahun depan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
Ong Kim Swee (kanan) menghadiri sidang media sebelum bermula cabaran pusingan kelayakan Kumpulan H Kejohanan Bawah 23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) esok di Stadium Supachasalasai hari ini. --fotoBERNAMA
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Bertemu Thailand, kami tak rela episod duka berulang - Adib Zainuddin
Kapten skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Adib Zainuddin, mengakui pasukannya ingin membalas dendam menentang Thailand esok selepas tewas dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini.
Walau persiapan bermasalah, skuad bawah 22 tetap bersedia
Menurutnya, matlamat pasukannya adalah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 23 Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) di China kelak.