"Walaupun gajah pygmy ini nampak comel dari jauh tetapi kita harus ingat yang gajah ini adalah binatang liar dan kita perlu sentiasa berwaspada."
Demikian peringatan Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Shivananthan yang risau tentang fenomena penampakan gajah-gajah liar yang semakin berjinak dengan manusia.
Beliau juga meluahkan kerisauan dengan apa yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid awal pagi ini apabila seekor gajah memasuki dewan makan sekolah tersebut kira-kira pukul 1.45 pagi.
Menurutnya, fenomena itu dilihat serius dan tindakan proaktif wajar diambil bagi memastikan keselamatan manusia terjamin.
"Setakat ini tiada insiden yang serius berlaku. Sudah pasti pengetua SMK Telupid telah menasihati para pelajar dan kakitangan (supaya berhati-hati) tetapi berapa lama boleh bertahan (dengan ancaman ini).
"Saya risau satu hari akan berlaku satu insiden yang tidak diingini yang mana manusia atau pelajar sekolah akan terlibat atau haiwan itu sendiri yang dicederakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.
Pada awal pagi ini, pengawal keselamatan di SMK Telupid gempar apabila seekor gajah memasuki dewan makan asrama sekolah tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi.
Shivananthan menambah, beliau dan beberapa pihak berkepentingan telah mengadakan mesyuarat tindakan daerah bagi mencari penyelesaian masalah tersebut.
Beliau juga percaya kehadiran gajah itu disebabkan kerosakan habitat daripada aktiviti perladangan di kawasan kampung itu menyebabkan gajah-gajah terpaksa keluar dari habitatnya untuk mencari makanan.
Astro Awani
Thu Mar 01 2018
Insiden di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid awal pagi ini apabila seekor gajah memasuki dewan makan sekolah tersebut kira-kira pukul 1.45 pagi. - FOTO facebook/ inforoadblockjpjpolis
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.