Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) selepas setahun menerajui badan induk bola sepak negeri berkenaan.
Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman mengesahkan peletakan jawatan Wan Rahim itu atau lebih dikenali 'Cikgu Rahim' bagi menerajui Kafa.
"Peletakan jawatan itu berkuat kuasa sejak 6 Julai lalu iaitu genap setahun beliau menjadi presiden Kafa selepas dipilih pada Kongres Luar Biasa (EGM) Julai 2019.
"Beliau membuat keputusan melepaskan jawatan itu susulan tidak lagi mampu memimpin Kafa dan untuk memberikan laluan kepada pemimpin baharu bagi memimpin persatuan itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Wan Abdul Rahim dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah 'direhatkan' buat sementara waktu daripada menguruskan persatuan itu yang tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan.
Husin berkata buat sementara waktu pihaknya masih belum memikirkan untuk mengadakan pemilihan presiden baharu bagi mengisi kekosongan itu.
Beliau berkata Kafa yakin pemangku presidennya, Datuk Shaari Mat Husin mampu untuk menangani permasalahan dan kemelut yang dihadapi persatuan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).
"Keyakinan itu berdasaran prestasi dan gerak kerja yang dilakukan oleh Shaari ketika ini apabila diberikan tanggungjawab untuk memimpin Kafa sebagai pemangku presiden dan timbalan presiden," katanya.
Katanya, buat masa ini Afandi masih lagi timbalan presiden namun direhatkan dari menguruskan persatuan itu.
"Kami (Kafa) berterima kasih kepada Wan Rahim sepanjang memberikan khidmat bersama persatuan walaupun setahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Sebelum ini media melaporkan Wan Abdul Rahim (gambar) dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah 'direhatkan' buat sementara waktu daripada menguruskan persatuan itu. - Gambar fail
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.