Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) digesa menghentikan proses persempadanan semula sehingga dua individu yang sepatutnya menasihati badan tersebut dalam proses berkenaan didedahkan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini penting kerana nasihat kedua-dua pakar ini adalah penting dalam proses tersebut.

"Oleh itu, saya menggesa Kerajaan untuk mendedahkan siapa dua orang pegawai yang arif mengenai topografi dan taburan penduduk kerana lantikan mereka adalah di bawah Yang diPertuan Agong dan diperuntukkan dalam perlembagaan," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen petang tadi.