Wang simpanan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi 'penyelamat' kepada pencarum di saat ditimpa musibah.
Keadaan tersebut berlaku kepada Afandi Mahadi, 49, yang tidak mempunyai apa-apa insurans dan tabungan kewangan ketika diuji dengan serangan strok dan masalah kewangan.
"Ketika itu, saya rasa dunia saya dah gelap...sebab masa tu saya tak mampu nak bekerja kerana serangan strok dan saya juga berdepan dengan masalah kewangan, tetapi KWSPlah menjadi penyelamat saya untuk membayar bil hospital dan hutang peribadi," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Afandi yang merupakan bekas jurukamera agensi berita berkata meskipun caruman bulanan yang dibuatnya tidak tinggi, tetapi ia sangat berguna di saat kesempitan.
"Masa tu, saya tak tahu nak buat apa bila tak bekerja, bil hospital kena bayar dan bank pun asyik telefon suruh bayar kereta dan motosikal...kawan sayalah yang beritahu wang KWSP boleh dikeluarkan atas faktor kesihatan. Dan lepas dapat duit tersebut, saya selesaikan semua bil hospital.
"Sebenarnya, kalau ikutkan usia saya yang tak sampai 55 tahun lagi, saya tidak layak untuk mengeluarkan semua simpanan KWSP.
"Bagaimanapun, saya dibenarkan mengeluarkan semua simpanan itu kerana tergolong dalam kategori tidak berupaya dari segi fizikal untuk bekerja, dan wang itu jugalah saya gunakan untuk menyara hidup selepas tidak lagi bekerja," katanya.
Afandi berkata untuk mengeluarkan simpanan KWSP, pencarum perlu melalui proses temu duga untuk menentukan kelayakan mengeluarkan simpanan.
"Proses untuk mengeluarkan wang juga tidak rumit. Mula-mula saya hanya perlu ke kaunter untuk membuat permohonan, seminggu kemudian saya dipanggil untuk temu duga dan yang paling saya tak sangka, dua hari selepas temu duga, saya mendapat mesej daripada pihak KWSP yang mengatakan permohonan saya telah diluluskan dan duit simpanan KWSP telah masuk ke akaun saya.
"Masa tu, memang saya rasa sangat lega dan tak lagi perlu fikir macam mana nak cari duit untuk selesaikan bil perubatan saya," katanya yang dapat mengeluarkan lebih RM50,000 simpanannya.
Afandi turut memuji kecekapan pekerja KWSP dalam menjalankan tugas dan membantu pesakit sepertinya untuk membuat permohonan dan menguruskan dokumen.
"Saya sangat berpuas hati dengan tahap layanan pekerja KWSP yang sangat profesional membantu saya di saat saya memerlukan perkhidmatan mereka.
"Pekerja KWSP banyak membantu menguruskan dokumen permohonan dan mereka banyak memberi nasihat supaya saya dapat menguruskan kewangan sebaik mungkin.
"Masa hari nak pergi temu duga, KWSP yang mesej saya untuk ingatkan saya menghadiri temu duga...memang layanan dan tahap kecekapan mereka harus dipuji, saya sangat berpuas hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Untuk mengeluarkan simpanan KWSP, pencarum perlu melalui proses temu duga untuk menentukan kelayakan mengeluarkan simpanan. - Gambar fail
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.