Seorang wanita warga Britain hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi di atas pertuduhan membunuh suaminya dua minggu lepas.
Samantha Ann Jones, 51 tahun, didakwa membunuh suaminya, John William Jones, 63 tahun, seorang pesara bomba dari United Kingdom, di rumah mereka di Kampung Gelam di sini, antara 1 pagi dan 3 pagi pada 18 Okt lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jayniesa Lavang Jarit sementara peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Samantha.
Oleh kerana laporan forensik dan bedah siasat berkaitan kes itu masih belum diterima, Jayniesa memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk kes disebut semula.
Majistret Adibah Husna Zainal Abidin kemudian menetapkan 29 Nov sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, bercakap dengan media, Sangeet berkata proses bedah siasat dan penyiasatan kes memerlukan masa.
"Kami harap semua laporan forensik, bedah siasat dan apa-apa laporan lain boleh disiapkan sebelum 29 Nov.
"Walaupun keadaan (kes) begini, dia (Samantha) tetap bersedih kerana si mati merupakan suaminya. Namun dia masih bertahan," kata Sangeet.
Tambahnya, kakak Samantha bersama dua rakan tertuduh turut berada di mahkamah pagi tadi selepas tiba di sini dari England semalam untuk memberi dorongan.
Astro Awani
Tue Oct 30 2018
Samantha ketika diiringi polis di Mahkamah Majistret Langkawi hari ini. - BERNAMA
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Motif bunuh suami, isteri dipercayai dibawah pengaruh dadah - Polis
Isteri yang didakwa memukul suaminya sehingga maut dalam kejadian di Flat Nipah di Taman Daya, pada Jumaat positif jenis dadah methapethamine dan amphetamine.
Wanita Britain didakwa bunuh suami di Langkawi
Samantha Ann Jones didakwa membunuh suaminya, John William Jones, di rumah mereka di Kampung Gelam pada 18 Okt lalu.