Pengaruh laman sosial dalam kehidupan masyarakat hari ini sungguh luar biasa. Apa sahaja boleh menjadi isu perbincangan, malah pantang ada sahaja nama yang menjadi sebutan, pasti ada pihak yang menggunakannya untuk mewujudkan akaun di laman sosial.

Sukar untuk memastikan sebab mengapa laman-laman sebegini diwujudkan. Apatah lagi, jika nama yang digunakan itu dikaitkan dengan isu negatif.

Terbaharu, kes seorang ibu tiri yang didakwa mendera anak tirinya, juga dijadikan modal untuk meraih populariti.

Banyak fan page atau kelab peminat mula diwujudkan di laman sosial Facebook.

BACA: Dera anak: Bapa, ibu tiri ditahan reman

ibu tiri 1


ibu tiri 2


ibu tiri 3

Setakat ini, terdapat tiga laman fan page ibu tiri berkenaan diwujudkan, dengan jumlah 'like' terbanyak adalah 1,585. Melalui pemerhatian kami, jumlah likers fan page terbabit juga semakin meningkat.

Ramai yang mengambil peluang untuk mengecam dan mengkritik wanita tersebut atas tindakannya. Malah ada juga yang mengganggap ia merupakan akaun rasmi wanita itu.

ibu tiri 4


ibu tiri 5



ibu tiri 6

Ketika berita ini ditulis, wanita itu telah ditahan untuk siasatan.

BACA: Polis Kelantan buru pasangan susulan kes dera kanak-kanak 5 tahun