Seorang wanita warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung di jeriji pintu utama premis dua tingkat di Bandar Baru Medan Ipoh, di sini, pada Ahad.
Mayat mangsa berusia 30-an itu ditemui oleh wanita yang merupakan pemilik premis tersebut pada kira-kira jam 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, identiti mangsa belum dapat dikenalpasti selepas gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.
"Kita telah terima satu maklumat daripada orang awam mengatakan yang dia sendiri terjumpanya (mayat) semasa membuka pintu di premis ini. Dia nampak satu tubuh wanita tergantung di gril utama bangunan dua tingkat ini.
"Jadi, kita telah kejarkan pasukan polis kita bersama dengan forensik, hadir ke tempat ini. Dan kita juga memanggil pihak patologi untuk hadir memeriksa.
"Setelah pemeriksaan dibuat, kita tidak menemui sebarang unsur jenayah dan untuk setakat ini kita klasifikasikan sebagai sudden death (mati mengejut)," katanya.
Maklumat awal mendapati, mangsa menyewa bilik di premis berkenaan bersama seorang lelaki yang dipercayai suaminya.
Lelaki tersebut turut ditahan buat sementara waktu selepas didapati cuba mengganggu tugas polis.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Polis akan memeriksa pengenalan diri mangsa menerusi pihak kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 26 2019
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut dalam Myvi terkunci
JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam.
Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.
Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan
Fokus MBI tahun ini memastikan pelbagai inisiatif dinikmati warga Ipoh, yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.
Wanita warga emas rugi RM6.2 juta, terperdaya pelaburan tidak wujud
Ia merupakan jumlah kerugian paling tinggi melibatkan kes 'scam' di Perak setakat ini.