Seorang wanita lemas selepas terjatuh dari jejambat yang menghubungkan Jalan Pantai Dalam dan Jalan Klang Lama.

Dalam kejadian jam 7.51 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai M Kasturi, 20 tahun, terjatuh ke dalam Sungai Klang ketika berada di atas jejambat itu bersama rakannya.

Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sejak jam 8 pagi bermula dari kawasan mangsa dilaporkan jatuh hingga ke kawasan Puchong dan Subang.

Mayat mangsa hanya ditemukan kira-kira jam 5 petang tadi dalam keadaan terapung berhampiran Plaza Tol Sunway.