Seorang wanita maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal akibat terkena kepingan atap zink yang diterbangkan ribut di hadapan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku apabila sekeping atap zink yang diterbangkan angin terkena pada Marziah Che Omar, 27, dari Taman Bersatu, Jitra, yang sedang menunggang motosikal, menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.
"Zink itu kemudian diterbangkan lagi dan menutup cermin hadapan sebuah kereta yang berada di belakang motosikal, menyebabkan pemandunya tidak tidak nampak pandangan hadapan, dan kereta itu terus menggilis wanita berkenaan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Katanya Marziah yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.
Beliau berkata pemandu kereta itu membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jitra dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya memandu dengan lebih berhati-hati dalam keadaan hujan lebat dan angin kuat ini.
"Selain itu elak memberhentikan kenderaan di bahu jalan kerana ia boleh mengundang bahaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 09 2019
Mangsa maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal akibat terkena kepingan atap zink yang diterbangkan ribut di hadapan Masjid Sharifah Fatimah. -Astro AWANI
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Pejalan kaki maut dirempuh kereta
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.
Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta
Mangsa dikenali sebagai Ramakrishnan Aravint, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Dilanggar kereta kali kedua satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan"
Kejadian berlaku dua minggu lepas ketika Yorgey sedang membuat liputan lansung berkenaan cuaca buruk yang melanda Virginia.
Penghantar makanan cedera dirempuh kereta
Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha LC135.
Wanita maut digilis kereta ketika ribut
Marziah yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.
Kanak-kanak maut dilanggar kereta di rumah pengasuh
Aamina Inayah Mohd Hafezul, 17 bulan, maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang, Isnin petang.
Suami maut dilanggar kereta dipandu isteri
Seorang lelaki maut selepas dilanggar kereta yang dipandu isterinya di perkarangan rumah mereka di Taman Intan, Ipoh, hari ini.
Ketua Warisan Libaran maut dalam nahas kenderaan
Aris Malayu, 55 tahun, sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran di Sandakan ketika kejadian siang tadi.