Tutup

Wanita maut jatuh perigi di Muar

Wanita maut jatuh perigi di Muar
Suami dan anak angkatnya menggunakan tangga aluminium dan membawa naik mangsa sebelum ketibaan pihak bomba. - Foto JBPM
MUAR: Seorang wanita maut selepas terjatuh dalam perigi yang dianggarkan sedalam tiga meter yang terletak dalam kawasan rumahnya di Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, di sini.

Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Jahairi Shukor berkata pihaknya menerima panggilan dari suami wanita itu pada jam 7.47 pagi tadi.

Katanya sembilan anggota digegaskan ke lokasi dan ketika tiba mangsa yang berumur 59 tahun itu telah dikeluarkan oleh keluarga mangsa.

"Wanita itu dikenali sebagai Saridah Bunawan. Panggilan dibuat oleh suami mangsa, bagaimanapun suami dan anak angkatnya menggunakan tangga aluminium dan membawa naik mangsa sebelum ketibaan pihak bomba.
"Difahamkan memang terdapat perigi di dalam rumah mangsa tetapi bertutup dengan jaring besi atau pagar kecil.

"Terdapat air di dalam perigi itu, namun pihak keluarga memaklumkan sejak tiga tahun lalu perigi tidak digunakan sebab pam airnya rosak," katanya.
Jelas Jahairi lagi, punca kematian masih dalam siasatan.

"Pihak bomba mengesahkan kejadian dan membantu menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis.

"Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Tag: Jatuh Perigi, Muar, Johor, Bukit Gambir, bomba, wanita jatuh perigi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.