SEREMBAN:Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata negara tidak boleh membazirkan sumber tenaga dan pemikiran wanita yang merupakan aset ekonomi yang penting.
"Ini bukan soal politik jantina tetapi isu aset ekonomi kita, orang politik perlu memastikan wanita selepas ini lebih ramai jadi wakil rakyat, calon dan menteri, bukan kata lelaki tidak boleh buat dasar dengan baik tapi bila ada pembabitan wanita di peringkat tertinggi, ia lagi senang difahami mereka.
"Kalau golongan ini tidak dapat diperkasakan sepenuhnya, dan hanya dilihat untuk beberapa segmen sahaja selain tidak melibatkan mereka dalam segenap lapisan pembuat keputusan, kita tidak akan sesekali menjadi negara maju, separuh daripada sumber kekuatan kita dibazirkan begitu sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata penglibatan golongan itu dalam peringkat pentadbiran dan pengurusan bukanlah sesuatu yang asing, bahkan ia membuktikan kewibawaan wanita yang tidak perlu diragui.
Dalam pada itu, mengenai peranan Kemas, beliau berkata sebagai agensi yang berada dekat dengan rakyat, Kemas boleh memainkan peranan melihat kesan ekonomi jangka sederhana susulan tamatnya pemberian moratorium akhir bulan ini.
"Tahun depan kita ada pendapatan garis kemiskinan baru, jadi Kemas mesti pastikan bahawa mana-mana keluarga yang ekonomi mereka tidak dapat pulih ataupun terus merosot, seterusnya segala program bantuan (perlu) sampai kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) bersama para usahawan pada program Wanita Inspirasiku, Wanita Global Inspirasi Negara, (WINS) anjuran KEMAS Negeri Sembilan, hari ini. - BERNAMA
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Kajian SSPA: Tempoh kerja singkat bantu wanita seimbang kerjaya dan keluarga
Sehingga ke hari ini, isu ini masih belum ada jalan penyelesaian biarpun pelbagai usaha dilakukan.
Penggunaan vape dalam kalangan wanita meningkat - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.