Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menangguhkan kes seorang wanita yang sebelum ini mengaku bersalah memotong kemaluan suaminya selepas menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan baharu itu di hadapan hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Pada 28 Januari lalu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika itu membuat pengakuan bersalah dan hakim menetapkan pada Isnin sebagai tarikh keputusan sementara menunggu laporan perubatan lengkap mangsa.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Pakistan, Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau dan mampu menyebabkan kematian pada 20 Januari lalu di Batu Kikir di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Kesesakan yang boleh dihukum penjara 20 tahun, denda dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nik Azhan Nik Mahmood dan Nabilah Mohammad Zanudin.

manakala tertuduh diwakili peguam j gunamalar, parmjit singh dan shamser singh.

Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 11 April depan.