Bimbang kononnya semua aset akan dibekukan, seorang suri rumah di Temerloh terpaksa menanggung kerugian RM65,000 selepas wang miliknya lesap, dipercayai angkara Macau Scam, pada Selasa.
Wang tersebut telah dikeluarkan daripada simpanannya dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang suspek yang mendakwa polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Menurutnya, suspek mendakwa kononnya terdapat perintah mahkamah dikeluarkan untuk membekukan semua aset mangsa yang berusia 53 tahun itu.
Malah, dia turut memberi amaran kepada mangsa agar tidak memberitahu perkara berkenaan kepada sesiapa.
"Pada hari yang sama, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lagi suspek yang memaklumkan mangsa hanya mempunyai masa lebih kurang dua jam sebelum segala asetnya dibekukan.
"Bagi mengelakkan daripada terkena tindakan mahkamah serta penjara, suspek meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam satu akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat dua kali pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza, masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM35,000.
"Sumber wang yang mangsa pindahkan berkenaan adalah dari wang simpanan ASB miliknya sendiri.
"Apabila pengadu sampai ke rumah mangsa, baru sedar dia sudah ditipu, dan dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk membuat laporan polis," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Noraniza Kamsani
Wed Mar 04 2020
Mangsa membuat dua kali pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza, masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM35,000.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen bagi ASB
ASNB mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam ASB susulan kadar dividen yang semakin menyusut.
ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan ditingkat - PNB
Peningkatan had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bula
PNB umum agihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen
Pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.60 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
MSAM 2022: PNB lancar ASN Sukuk
Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan dana unit amanah pendapatan tetap yang dikenali sebagai ASN Sukuk menerusi ASNB.
Bajet 2023: Kenaikan had maksimum pelaburan ASB, ASB2 dorong budaya menyimpan
Langkah menaikkan had maksimum pelaburan individu bagi ASB dan ASB2 kepada RM300,000 dapat menyemai budaya menyimpan serta tabiat pelaburan rakyat Malaysia.
Bajet 2023: Had pegangan ASB, ASB2 dinaik kepada RM300,000 - Tengku Zafrul
Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kerajaan dicadang naikkan had maksimum pelaburan ASB kepada RM400,000 - Najib
Kerajaan dicadangkan untuk menaikkan had maksimum pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) daripada RM200,000 kepada RM400,000, sebagai usaha menggalakkan rakyat menyimpan dan menjana pendapatan pasif.
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah dua pertuduhan pengubahan wang haram
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Kumpur.
PNB umum pengagihan pendapatan RM1.55 bilion untuk lima dana
PNB berkata lima dana itu termasuk dua dana harga tetap iaitu ASB 2 dan ASM serta tiga dana harga berubah-ubah iaitu ASN Equity 3, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1.