Nafsu binatang! Demikian yang boleh digambarkan di atas tindakan seorang warga emas yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes perkosaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kota Samarahan, di sini hari ini.

Warga emas berusia 70 tahun itu ditahan polis di Matang, Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, suspek adalah saudara kepada keluarga mangsa yang menumpang di rumah berkenaan beberapa hari lalu.

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku jam 2.30 pagi Khamis semalam ketika mangsa tidur di dalam bilik.

“Mangsa terbangun daripada tidur apabila lelaki berusia 70 tahun masuk ke dalam bilik tersebut dan merogol mangsa,” katanya.

Tambah Denis, mangsa memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan.
Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.