Warga emas didakwa cabul guru muzik

Warga emas didakwa cabul guru muzik
Jika sabit kesalahan, warga emas itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang guru muzik, awal bulan lepas.

Tertuduh, Lam Kok Wai, 66, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang mendengar sebagai Majistret.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang merupakan seorang guru muzik berusia 38 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya di satu lorong jualan belakang sebuah pasar raya. di Perai di sini pada 5.50 petang, 2 Jun lepas.

Warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Afiq Hizami Nordin manakala tertuduh diwakili peguam Chiang Kian Hong. - BERNAMA

Tag: Warga emas didakwa cabul guru muzik, Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.