Seorang warga emas yang dipercayai mengalami masalah mental ditemukan rentung, selepas rumahnya di Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) Kampung Perak di Jerantut, dekat sini terbakar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata mangsa Mohamad Daud, 68, yang tinggal berseorangan di rumah itu selepas berpisah dengan isterinya sejak 30 tahun lalu ditemukan dalam keadaan terbaring di katil.
"Kebakaran disedari seorang penduduk yang baru pulang dari kedai makan sekitar 9.30 malam dan siasatan awal pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada api pelita yang ditemui berhampiran mangsa.
"Mangsa difahamkan kali terakhir dilihat oleh dua remaja yang menghantar makanan kepadanya selepas mangsa mengadu lapar sekitar 7 petang," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Mazlan berkata berdasarkan keterangan dua remaja itu, mangsa yang tidak bekerja dikatakan merokok di pintu hadapan rumah berkenaan semasa mereka hendak beredar selepas menghantar makanan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut bagi bedah siasat dan setakat ini, tiada unsur jenayah dipercayai berlaku dalam kejadian itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.43 malam dan dua jentera daripada Balai Bomba Jerantut serta Jengka bersama 17 anggota dikejarkan ke lokasi terlibat.
Operasi memadam kebakaran rumah yang dibina menggunakan batu dan kayu itu tamat pada 10.15 malam dan buat masa ini, jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut bagi bedah siasat. - Gambar hiasan
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di bahagian leher
Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher.
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bayi lelaki usia 3 bulan mati pada hari pertama di pusat asuhan
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan di Setia Alam, di sini Isnin lalu.
Polis sahkan kematian kanak-kanak autisme di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah
Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, semalam.
Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis
Lelaki itu juga didapati mempunyai 10 rekod lampau membabitkan dadah serta satu rekod dikehendaki, juga bersabit kesalahan dadah.
Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini, semalam, ditemukan lemas.
Jasad Roshaan selamat disemadikan
MPV membawa jasad Roshaan tiba di Krematorium Hindu Johor Bahru, Johor Bahru pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat.