Seorang warga emas maut selepas digilis sebuah lori kontena berhampiran sebuah bank di Jalan Besar, Bagan Serai pada Jumaat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bagan Serai menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari dan mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal itu bertembung dengan lori kontena terbabit sebelum digilis.

"Mangsa yang merupakan seorang lelaki disahkan maut di tempat kejadian ekoran kecederaan parah," katanya kepada Astro AWANI di sini.

Dalam pada itu, jurucakap JBPM Bagan Serai turut menjelaskan operasi menyelamat tamat pada jam 12.54 tengah hari termasuk membersihkan lokasi kejadian.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa dan membersihkan jalan raya.