Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai ditetak di hadapan biliknya dalam kejadian pecah rumah di Kampung Chap Rimau di sini awal, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan, berkata mangsa yang dikenali sebagai Hamid Mat Salleh, berusia 84 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri dan belakang kepala dipercayai dipukul dengan senjata tajam jenis kuku kambing.

"Mangsa tinggal dalam kediaman terbabit seorang diri dan berniaga secara kecil-kecilan di rumahnya.

"Usaha memburu suspek sedang dilakukan dan kita jalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hasanuddin berkata, pihaknya turut mengharapkan orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung kejadian terbabit untuk siasatan lanjut.