Warga emas maut selepas memandu dari Johor ke KLIA sepanjang malam

Warga emas maut selepas memandu dari Johor ke KLIA sepanjang malam
Satu video menular di media sosial memaparkan usaha pihak polis untuk mengalihkan mayat lelaki tersebut keluar dari keretanya. Foto - Youtube.
SEBUAH video memaparkan beberapa anggota polis sedang mengalihkan seorang individu dari dalam kereta di sebuah stesen minyak tular tidak lama dahulu.

Kejadian yang berlaku pada 20 Mei itu sebenarnya melibatkan seorang lelaki warga Singapura yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mangsa yang berusia 62 tahun itu dilaporkan memandu kereta sepanjang malam dari Johor Bahru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditemui mati di dalam keretanya.
Menurut laporan akhbar China Press, lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke Johor setelah menghantar rakannya ke KLIA.

Menurut saksi, lelaki itu singgah di stesen minyak berdekatan KLIA sekitar jam 4 pagi untuk menggunakan tandas.

Sekembalinya ke kereta, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda serangan sawan sebelum tidak sedarkan diri.

Laporan autopsi mengesahkan punca kematian akibat serangan jantung.

Polis dalam pada itu mengesahkan kejadian dan kewarganegaraan mangsa.