Sepasang warga Malaysia dilapor ditahan polis Sweden kerana dikatakan menghukum anak sebab tidak menunaikan solat.

Menurut sumber, suami isteri itu ditahan susulan laporan penderaan oleh salah seorang anak mereka kepada seorang guru.

Guru berkenaan kemudian melaporkannya kepada polis Sweden.

Menurut sumber itu lagi, kes tersebut dijangka dibicara 16 Januari ini.

Laporan itu tersebar dan hangat dibincangkan di dalam sebuah laman Facebook berkumpulan sebuah sekolah berasrama penuh di Cyberjaya.

Astro AWANI menghubungi pihak alumni sekolah tersebut namun rata-rata enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan ini.