Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan warga pendidik supaya berpada-pada dalam berpolitik agar tidak melanggar peraturan sebagai penjawat awam.
Katanya, sebagai warga kerja kerajaan, mereka terikat dengan peraturan tertentu dalam perkhidmatan awam terutamanya berhubung hal yang bertentangan dengan dasar kerajaan.
Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan perutusan tahun baharu kementerian itu di sini pada Khamis, Mahdzir berkata, walaupun jumlahnya tidak ramai, kecenderungan mereka menunjukkan politik kebencian perlu diberi peringatan agar tidak berterusan.
"Walaupun ada dalam kalangan pendidik yang menyertai parti politik pembangkang, mereka perlu 'fine tune' dan meletakkan 'buffer zone' antara kerjaya dan ideologi politik agar tidak terlalu menyerlahkan watak pembenci dan antikerajaan," katanya mengulas kecenderungan pendidik menaiki pentas pembangkang dan menyatakan secara terbuka perkara yang tidak disukai berkaitan kerajaan.
Katanya, kementerian tidak berhasrat mengganggu warga pendidik terbabit sehingga perlu dipecat daripada perkhidmatan tetapi meminta mereka bertindak secara profesional selaku penjawat awam.
"Apa yang perlu ialah saling memahami peraturan dan batasan sebagai penjawat awam dan jika semua mengikut peraturan dan etika ditetapkan, maka setiap perkara akan menjadi lebih mudah," katanya.
Menyentuh mengenai cadangan penyediaan lokar simpanan di sekolah yang boleh disewa bagi menyelesaikan masalah beg berat yang ditanggung murid, Mahdzir berkata walaupun boleh dilaksanakan langkah itu tidak praktikal kerana melibatkan tambahan kos kepada keluarga pelajar.
"Apabila libatkan tambahan kos, ia susah sikit dan pada saya lebih baik kementerian cari kaedah lain dalam menyelesaikan masalah tersebut," katanya sambil menambah kajian untuk tujuan terbabit sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.
Berkenaan isu persekolahan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, Mahdzir berkata, mereka dibenarkan bersekolah dalam tempoh dua tahun sementara proses penyediaan dokumentasi diri dengan pihak berwajib diselesaikan.
"Jika tidak (selesai) keluarga mereka perlu merujuk semula kepada pihak sekolah dan kita akan lanjutkan tempoh kebenaran bersekolah, bermakna mereka tetap dapat bersekolah seperti biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
MAHDZIR: Kementerian Pendidikan tidak berhasrat mengganggu guru yang menyertai parti politik pembangkang sehingga perlu dipecat, tetapi mereka perlu bertindak profesional selaku penjawat awam. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Tujuh strategi KPM diyakini mampu tangani isu beg sekolah berat - Dr Anuar
Keputusan pihak KPM hari ini menunjukkan suara rakyat khususnya ibu bapa telah diambil perhatian sewajarnya oleh pihak KPM.
Penyediaan lokar di sekolah rendah tangani isu beg berat - Radzi
Penyediaan lokar di sekolah rendah secara berfasa mulai tahun ini akan dilaksanakan sebagai pendekatan menangani isu beg berat murid, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
KPM digesa selesaikan isu beg sekolah berat
JKPPH mengambil berat isu tersebut kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada murid-murid dalam jangka masa panjang seperti yang dikeluarkan oleh pakar-pakar kesihatan.
Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik
Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain.
Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?
Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah mengakui bahawa beg sekolah yang dibawa oleh murid ternyata berat.
Warga pendidik perlu berpada-pada dalam berpolitik - Mahdzir
Katanya sebagai warga kerja kerajaan, mereka terikat dengan peraturan tertentu dalam perkhidmatan awam terutamanya berhubung hal yang bertentangan dengan dasar kerajaan.