Warganegara Jepun patah rusuk terjatuh Gunung Mulu

Warganegara Jepun patah rusuk terjatuh Gunung Mulu
Akihiro Noda terpaksa menanggung derita selama lebih 90 jam sebelum berjaya diselamatkan selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu. -Foto Sarawaktourism.com
MIRI: Seorang warganegara Jepun terpaksa menanggung derita selama lebih 90 jam sebelum berjaya diselamatkan selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu di Miri.

Akihiro Noda, 25, yang mendaki bersama rakan senegara yang juga pengkaji serta tiga porter dibawa turun dari gunung tersebut menggunakan helikopter Pasukan Unit Udara Bomba.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman berkata bomba menerima aduan kemalangan daripada pengurus Taman Negara Mulu pada Ahad, 1.22 tengah hari.

Operasi menyelamat mangsa di Camp 4 pada ketinggian 1,820 meter dari paras laut pada mulanya tidak dapat dilakukan akibat faktor cuaca.

Namun usaha pada hari kedua berjaya membawa kesemua mereka keluar dari lokasi dengan selamat.

Mangsa dihantar ke Hospital Miri pada 8.30 pagi Selasa selepas mengalami kecederaan punggung dan tulang rusuk.




Tag: Miri, Gunung Mulu, Khirudin Drahman, kecederaan punggung, tulang rusuk, 90 jam, warganegara Jepun, Akihiro Noda



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.