Waris tiga penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada Mac 2014, kini boleh menarik nafas lega berhubung permohonan mereka untuk mengekalkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai antara defendan dalam saman mereka.
Ini berikutan keputusan panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum membenarkan mereka untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggugurkan MAB sebagai defendan.
Hakim Malanjum, yang bersidang bersama-sama dua Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Aziah Ali, memberi kebenaran kepada anak dan ibu bapa jurutera Tan Ah Meng, 46, dan isteri Chuang Hsiu Ling alias Cindy Chuang, 45, untuk merayu terhadap keputusan itu.
Pasangan itu dan anak sulung mereka, Tan Wei Chew, 16, antara 239 penumpang dan anak kapal dalam Penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Hakim Malanjum membenarkan permohonan kebenaran untuk merayu itu bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan menentukan satu soalan undang-undang.
Soalan itu sama ada dengan tidak meletakkan tanggungjawab liabiliti menyeluruh defendan, Malaysian Airline System Berhad (MAS), kepada MAB mengikut Akta Sistem Penerbangan Malaysia 2015 untuk menyakinkan sebarang keputusan dibuat terhadap MAS selepas semua asetnya dilaburkan dalam MAB akan menyebabkan "pengguguran aset' MAS, dan melaksanakan perintah untuk menggagalkan keyakinan penghakiman itu terhadap MAS; dan akibatnya, sama ada perkara itu salah di sisi undang-undang mengikut Akta itu.
MAB diperbadankan pada 7 Nov, 2014, sebagai sebahagian langkah penstrukturan yang menyaksikan syarikat penerbangan kebangsaan itu bertukar tangan daripada MAS kepada MAB.
Mahkamah Rayuan pada 7 Okt tahun lepas membenarkan rayuan MAB untuk digugurkan sebagai defendan dalam saman itu selepas mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam mewakili MAB bahawa MAB tidak patut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu kerana terdapat perintah dalam Akta Malaysian Airline System Berhad 2015 yang menetapkan bahawa liabiliti MAS yang telah dipindahkan kepada MAB tidak termasuk saman MH370 dan MH17. Penerbangan MH17 terhempas selepas terkena tembakan di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Defendan lain dinamakan dalam saman itu ialah MAS, ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan kerajaan Malaysia.
Anggota lima keluarga, termasuk anak remaja pasangan itu Tan Wei Hong dan Tan Wei Jie, ibu bapa Ah Meng, Tan Hun Khong, 85, dan Lai Chew Lai, 83, dan ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 76, memfailkan saman bagi mendapatkan ganti rugi berhubung kehilangan pasangan itu dan anak mereka.
Dalam prosiding mahkamah hari ini, peguam Tommy Thomas yang mewakili keluarga itu, berhujah bahawa mereka bimbang ia akan menjadi "penghakiman di atas kertas" sekiranya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepada keluarga itu kerana MAS akan menjadi syarikat tidak aktif kerana semua asetnya telah dipindahkan kepada MAB kecuali dalam saman MH370 dan MH17.
Katanya menurut perintah pelaburan diwartakan pada 6 Nov tahun lepas, mengikut Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015, dilihat bahawa aset MAS seperti pesawat, bangunan dan hartanah telah dipindahkan kepada MAB dan kira-kira 1,000 liabiliti MAS berkaitan pemiutang perdagangan dan perniagaannya, seperti pembekal perkhidmatan katering dan penyelenggaraan, turut dipindahkan kepada MAB.
Thomas berkata tiada daripada tuntutan 500 "keluarga" penumpang MH370 dan MH17 dipindahkan,
Katanya terdapat sebanyak 27 saman difailkan oleh keluarga penumpang pesawat MH370 yang masih menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan proses litigasi di mahkamah di Amerika Syarikat, China dan Australia.
Peguam Logan Sabapathy yang mewakili MAB, berhujah bahawa MAB belum wujud semasa kejadian itu berlaku dan dakwaan berhubung "pengguguran aset" hanya spekulasi.
Beliau berkata polisi insurans yang diambil MAS bagi MH370 tidak dipindahkan kepada MAB dan kekal pada MAS. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 01 2017
Pesawat MH370 hilang daripada radar bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan menuju Beijing daripada Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.
J-KOM, MAB jalin kerjasama tingkatkan pengehakupayaan komuniti OKU
Masyarakat OKU adalah antara kumpulan paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka menghasilkan sumber pendapatan.
Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Menurut tinjauan itu, syarikat penerbangan nasional dianggap cemerlang dalam semua kategori, sehingga dianugerahkan tujuh bintang.
Malaysia Airlines tawar tiket bersubsidi untuk tingkatkan pelancongan domestik
Pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.
Malaysia Airlines, wajar dikekalkan atau tidak?
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, ada ahli politik dan ahli Parlimen berpendapat MAB adalah aset nasional yang memainkan peranan penting dalam membawa imej negara di persada dunia.
Malaysia Airlines teruskan misi bawa pulang rakyat
MAB telah jalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka yang terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020.
Malaysia Airlines lancar program tingkat kemahiran, latih semula kakitangan
Malaysia Aviation Group (MAG) berkata pekerja itu terdiri daripada terutamanya juruterbang, kru kabin dan komuniti barisan hadapan yang lain.
"Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
'Sejak 10 tahun lepas segala sokongan yang diberikan termasuk kewangan oleh Khazanah Nasional tidak berhasil'.
MAB mulakan langkah penstrukturan semula
Pendekatan yang diambil termasuk menyusun semula rangkaian dan pesawat penerbangan nasional itu bagi membolehkannya mengharungi ketidaktentuan landskap penerbangan.
Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi
Tawaran itu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat tempahan perjalanan berdasarkan keperluan dan keutamaan perjalanan mereka serta kemampuan untuk membeli.