Penduduk di Selangor mungkin dapat melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa tempatan menggunakan aplikasi pemanduan Waze menjelang akhir tahun, kata Pengurus Jualan Waze Google Malaysia, Edward Ling.
Beliau berkata pembangun aplikasi itu sedang berbincang dengan kerajaan negeri mengenai perkara tersebut, dan pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan itu akan dibuat pada 21 Nov.
"Jika anda melaporkan jalan berlubang (di Waze), kami akan menyalurkan data berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan supaya dapat diturap dengan segera.
"Kami memberikan data itu secara percuma kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Pengangkutan Awam Bandar 2016, di sini hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan berkata sebelum ini bahawa usaha sama dengan Waze itu akan memperkukuh inisiatif penyelesaian pintar kerajaan negeri.
Beliau berkata enam majlis perbandaran, termasuk Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Shah Alam (MBSA), dan Petaling Jaya (MBPJ), akan terlibat dalam projek itu.
Edward berkata projek perintis itu merupakan inisiatif pertama Waze di Malaysia dan kedua di Asia Pasifik selepas pelaksanaan di Jakarta, Indonesia.
Beliau berkata pemaju aplikasi itu sudah memulakan inisiatif berkenaan di lebih 100 bandar raya di seluruh dunia termasuk Boston, Washington DC, Sydney dan Rio De Janeiro.
Ditanya jika terdapat kes laporan palsu oleh pengguna Waze, beliau berkata data Waze merupakan sumber daripada orang ramai dan Waze bergantung kepada komuniti untuk menyemak ketepatannya.
"Saya yakin lokasi itu yang disokong oleh gambar yang dirakam pengguna Waze, 99.9 peratus tepat."
Waze ialah apliksi pemanduan dan trafik berasaskan komuniti, terbesar di dunia.
Ia sudah beroperasi di Malaysia sejak 2008 dengan kira-kira dua juta Wazers, nama yang merujuk kepada pengguna aplikasi itu, di kawasan Lembah Klang setakat ini.
Edward berkata Malaysia menduduki ranking lima negara teratas di dunia dari segi pengguna aktif perkapita. -- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2016
Penduduk di Selangor mungkin dapat melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa tempatan menggunakan aplikasi pemanduan Waze menjelang akhir tahun ini. -Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
MBPJ dapat kebenaran rayu keputusan mahkamah benarkan persatuan penduduk kenakan syarat kepada ahli
Pada 17 April lepas, persatuan itu berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
MBPJ diiktiraf Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF
MBPJ mendapat pengiktirafan Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh Tabung Kanak-Kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar.
Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa 'diserang' anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini pada J
Pihak berkuasa di Lembah Klang siap siaga hadapi banjir kilat
Agensi dan pihak berkuasa tempatan juga sedang menaik taraf dan membersihkan saliran untuk menampung air larian permukaan dan mengelakkan banjir.
Liga Super: Perak FC temui semula rentak
Pasukan Perak FC akhirnya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Super, apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC.
Ketua Srikandi PKR umum keluar parti, hilang keyakinan pada idealisme parti
Nurainie turut memaklumkan peletakan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Seri Setia: Dua kali hujan lebat tidak lunturkan semangat penyokong parti bertanding
Tinjauan Bernama mendapati penyokong kedua-dua parti tiba di hadapan perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Bekas anggota majlis MBPJ calon PH DUN Seri Setia
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata Halimey, 46, merupakan anak tempatan.
Noh kesal dua PBT Selangor tiada wakil terima geran persekutuan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar hari ini meluahkan rasa kesal berikutan kegagalan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor menghantar wakil untuk mener