Kempen World #QuranHour yang mahu mewujudkan satu gelombang kebangkitan ummah akan berlangsung pada 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan 1439H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, bermula jam 11 pagi.

Ia juga bagi menyeru semua ummah untuk berinteraksi dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian diri, bersama keluarga dalam melahirkan individu yang berakhlak berasaskan Al-Quran.

Program ini hasil gabungan 10 media tempatan rasmi di negara ini dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Program ini hasil gabungan 10 media tempatan rasmi di negara ini dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Sebelum ini, pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata program kali ini lebih teratur daripada segi perancangannya dalam memastikan rakyat Malaysia meneruskan budaya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

“Kelainan program untuk edisi ketiga ini adalah perancangannya lebih teratur dan gelombang untuk memastikan lebih ramai umat Islam di negara ini untuk turut serta dalam program ini.

“Ia untuk memastikan umat Islam mendekati al-Quran dengan cara memahami dan menjadikan kitab suci ini sebagai panduan dalam kehidupan,” kata Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf.

Dalam pada itu, program kali ini mengangkat Surah Al-Hujurat sebagai surah utama dengan panduan pembentukan umat berakhlak mengikut panduan al-Quran.

Surah tersebut akan difahami (tadabbur dan tazakkur) dengan empat surah lain iaitu surah Al-Fatihah sebagai Ummul Quran; Surah Al-Baqarah sebagai puncak Quran; surah Yassin sebagai Qalbu Quran serta surah Luqman menjadi misi sepanjang tahun untuk membina keluarga.