Walaupun wujud ancaman penularan wabak COVID-19 selain kekekangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat (PKPB), namun bagi umat Islam ia bukan penghalang dalam mendekatkan diri dengan Al-Quran pada bulan Ramadan ini.
Penganjuran program-program berkaitan Al-Quran pada bulan yang penuh keberkatan ini, contohnya, siaran langsung World #QuranHour anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) menjadi medan baharu pencetus minda bagi ummah melalui QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur), dengan menerapkan nilai-nilai Al-Quran.
Pada hari ini (13 Mei), World #QuranHour bertemakan 'Reboot Global Harmony' telah memilih Surah Ar-Rahman sebagai Surah pilihan yang akan dibacakan oleh Qari dari Malaysia dan Indonesia, selain pentadabbur dari kedua-dua negara akan menjelaskan setiap maksud ayat yang dibaca oleh Qari bagi tujuan pemahaman kepada para peserta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff, program sejam World #QuranHour yang diadakan pada 20 Ramadan setiap tahun adalah program kemuncak Berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal yang sangat ditunggu-tunggu untuk disertai oleh umat Islam di negara ini khususnya.
"Program World #QuranHour asalnya tercetus sebagai sebuah platform yang mengetengahkan "divine solutions" dari 114 Surah dalam Al-Quran berdasarkan modul HTE (Heaven To Earth) melalui kaedah Tadabbur Al-Quran (mempelajari Al-Quran) dan Tazakkur Al-Quran (menghayati Al-Quran).
"Peserta amat tidak sabar-sabar untuk menyertai program sebegini demi memperbaiki diri dan akhlak peribadi mereka juga," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata sebagai buktinya, setakat 2019, World #QuranHour telah diadakan di lebih 3,000 lokasi di Malaysia dan 300 lokasi di 76 negara, selain telah dapat menjangkau 1.46 bilion capaian dalam media sosial.
Jelas Marhaini lagi, gerakan berinteraksi dengan Al-Quran menerusi konsep Baca, Faham dan Amal ini mempunyai visi untuk MengQurankan Bangsa dan Mengikhlaskan Ummah dalam usaha mengubah pemikiran masyarakat agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Beliau juga menjelaskan, pada asalnya WUIF telah merancang untuk menganjurkan World Quran Convention Surah Ar Rahman yang dijadualkan pada April lepas yang bakal mengumpulkan tokoh-tokoh agama serta pemimpin dari beberapa belah dunia, namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 dengan satu tarikh baharu akan diumumkan kelak.
Sementara itu, Pengasas Ar-Rahman Quranic Learning Center, Bachtiar Nasir menjelaskan betapa pentingnya kepada manusia khususnya umat Islam untuk memahami dan menghayati apa yang disampaikan Allah dalam Surah Ar-Rahman yang banyak berbicara tentang hak-hak terhadap agama, kemanusiaan, kebebasan berbicara dan bersuara, serta kebersamaan terhadap penggunaan sumber daya alam.
"Jika kita betul-betul faham mutiara Surah Ar-Rahman yang banyak menerangkan pelbagai sisi kasih sayang Allah terhadap ciptaanNya, maka ia boleh jadi solusi kepada keharmonian global. Kita lihat masyarakat global umumnya sudah kehilangan orientasi kemanusiaannya. Manusia memperhambakan manusia yang lain, bahkan ada yang bertuhankan teknologi, wang dan kekuasaan. Inilah punca yang menyebabkan kekacauan global.
"Oleh itu, jika kita dapat mengamalkan sikap berkasih sayang sesama manusia dan menjadikan Surah Ar-Rahman sebagai falsafah dalam penggubalan undang-undang, maka tidak akan wujud lagi kekejaman dan penindasan di antara kita serta akan wujudlah keharmonian global selaras dengan tema program kali ini," kata Bachtiar yang juga pentadabbur program World #QuranHour dari Indonesia.
Beliau turut berharap program sebegini dapat memberi impak besar kepada segenap lapisan masyarakat khususnya umat Islam dalam meningkatkan kesedaran untuk mendampingi Al-Quran, di samping dapat melahirkan manusia yang menyebarkan kasih sayang dan mengutamakan perdamaian melalui penghayatan isi kandungan Al-Quran itu sendiri.
Orang ramai yang ingin menyertai Program World #QuranHour boleh mengikuti program itu yang akan bersiaran secara langsung di studio tanpa penonton di TV Alhijrah selama satu jam antara 12 tengah hari hingga 1.00 petang, dengan tayangan bersama di Astro Oasis, Bernama TV dan RTM serta dikongsi siar langsung di platform digital Sinar Harian dan Ideaktiv.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 13 2020
Pada hari ini, World #QuranHour bertemakan 'Reboot Global Harmony' telah memilih Surah Ar-Rahman sebagai Surah pilihan yang akan dibacakan oleh Qari dari Malaysia dan Indonesia. - Gambar fail
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.