Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut baik kebenaran untuk beroperasi semula yang diberikan oleh kerajaan bagi sektor pelancongan dan pengendalian majlis sosial.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WTCKL, Mohd Yusri Junos, pihaknya bersedia untuk mempraktikkan normal baharu susulan pandemik COVID-19 di negara ini.

“Kami menyambut baik kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mengadakan mesyuarat, seminar dan bengkel dengan jumlah maksimum 250 orang seperti yang diumumkan baru-baru ini.

"Sebagai sebuah “venue” dengan pelbagai kapasiti yang mampu memuatkan beribu-ribu pengunjung dalam satu-satu masa, kami di WTCKL telah pun bersedia dengan susur atur kedudukan majlis mengikut amalan penjarakan sosial sejajar dengan saranan kerajaan.

"Kami mengalu-alukan sokongan dan kerjasama penganjur majlis daripada semua kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta mahupun persendirian untuk kembali menganjurkan acara seminar, bengkel, mesyuarat dan sebagainya di WTCKL," jelasnya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri turut memberi jaminan pihaknya akan patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Mohd Yusri turut memberi jaminan pihaknya akan patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Mohd Yusri turut memberi jaminan pihaknya akan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Untuk rekod, WTCKL seluas 25,615 meter persegi mempunyai ruang acara lebih 4,000 meter persegi yang merupakan ruang acara terbesar di Malaysia.

Ia turut menyediakan sekitar 28 ruang acara yang mampu memuatkan pelbagai kapasiti dan susun atur serta kemampuan menguruskan acara bertaraf antarabangsa sejak mula beroperasi pada 1985.