Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) merupakan forum teknikal bukan perundangan yang terbuka kepada semua negara anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) dalam satu kenyataan hari ini berkata, WUF9 yang dikelolakan oleh PBB adalah bertujuan untuk menghimpun pakar-pakar dari seluruh dunia untuk membincangkan isu semasa.

BACA: 'Bukan kita yang jemput Israel' - Anifah

“WUF diiktiraf sebagai forum global yang menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin kerajaan tempatan, pakar-pakar dalam bidang bandar dan penempatan manusia serta pemegang kepentingan bukan kerajaan.

“WUF9 yang diadakan di Kuala Lumpur dari 7 Februari hingga 13 Februari lalu telah disertai 25,000 peserta dari 16 negara dan lebih 560 acara telah diadakan berlandaskan pengetahuan dari sesi perkongsian ilmu,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, PBB UN-Habitat turut menekankan, fokus WUF adalah sebagai tumpuan kepada pelaksanaan agenda baharu perbandaran sejajar dengan tema ‘Bandar 2030, Bandar Untuk Semua: Melaksanakan Agenda Bandar Baharu’.

BACA: WUF ke-9 buka tirai hari ini