Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang mewujudkan satu akta khusus bagi menyelia dan melindungi industri muzik negara.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata buat masa ini, industri muzik tidak mempunyai akta atau organisasi khusus jika dibandingkan dengan industri filem yang mempunyai Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi melindungi industri itu.
Bagi tujuan itu, Saifuddin berkata beliau akan melantik pegawai untuk menyediakan draf awal akta yang dijangka dapat disiapkan pada akhir tahun ini, selain turut melalui proses konsultasi dengan pihak berkepentingan.
"Kita perlu mengadakan perbincangan lebih mendalam kerana industri muzik bukan hanya melibatkan satu kelompok, sebaliknya ada penyanyi, komposer, penulis lirik dan sebagainya yang tidak harus dipinggirkan dalam merangka akta ini.
"Antara perkara besar yang perlu dilihat ialah berhubung hak cipta yang mana sebilangan besar komposer bersungut walaupun kita sudah ada undang-undang seperti Akta Hak Cipta 1987. Perkara ini perlu lebih diperhalusi," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Terdahulu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menghadiri ibadah korban bagi kawasan parlimennya di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Indera Mahkota 15 di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan mewujudkan akta khusus itu turut disuarakan oleh penggiat muzik tanah air termasuk tokoh muzik dalam beberapa siri pertemuan yang diadakan dengan pemain industri.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata KKMM sedang melihat kaedah yang membolehkannya membantu memperkasakan semula industri nasyid tanah air yang pernah melalui zaman kegemilangan sekitar tahun 1990-an.
Katanya perkara itu antara yang dibincangkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini.
"Ada kalangan kumpulan nasyid Malaysia yang berjaya menembusi pasaran luar negara tetapi mereka ini pergi secara sendiri-sendiri. Seharusnya kita bantu dan memudahkan usaha mereka untuk berjaya di peringkat antarabangsa," katanya.
"Selain itu, apa yang jarang diketahui orang ialah dalam kalangan penggiat nasyid antarabangsa, mereka menganggap Malaysia sebagai home of contemporary nasyid dan ini perlu digunakan bagi mempopularkan semula genre ini," katanya.
Saifuddin berkata beliau juga menyambut baik cadangan Zulkifli supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah masa siaran dan kandungan berbentuk keagamaan termasuk program bual bicara menerusi televisyen dan radio kendalian RTM.
Cadangan itu akan dibincangkan dengan lebih mendalam oleh pegawai KKMM dan pejabat Menteri Hal Ehwal Agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020
Saifuddin berkata buat masa ini, industri muzik tidak mempunyai akta atau organisasi khusus jika dibandingkan dengan industri filem yang mempunyai Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981. - Bernama
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.
Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang
Filem arahan Greta Gerwig itu dijangka memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini sekali gus melepasi angka AS$1 bilion.
Fahmi minta Finas teliti prestasi filem dihasilkan dengan inisiatif DKD
Fahmi akan berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah Finas minggu depan mengenai perkara itu.