Kementerian Kesihatan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Etika Biro Perubatan di peringkat kementerian susulan isu pengguguran kandungan bagi wanita hamil yang dijangkiti virus Zika.
Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) Dr Jamali Wagiman berkata jawatankuasa itu perlu dianggotai pakar perbidanan, penyakit berjangkit, psikiatri, ahli etika bio dan tokoh agama.
"Jawatankuasa ini akan bersidang mengikut keperluan apabila terdapat kes pengguguran. Kaedah ini bagi mendapatkan keputusan secara kolektif dan mengiktiraf peranan pakar dari bidang perubatan dan agama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dr Jamali berkata proses mencapai keputusan itu lebih selamat dan adil bagi pesakit dan bayi yang dikandung, selain mengelakkan keputusan bersifat unilateral yang mungkin dilihat bercanggah antara amalan perubatan dan hukum Syariah.
Menurutnya persatuan berkenaan turut menyeru agar sebarang keputusan mengenai pengguguran dalam kes wanita hamil penghidap Zika tidak dilaksanakan terburu-buru bagi mengelak kekeliruan dan ketidakadilan kepada pesakit.
IMAM juga mencadangkan ibu bapa yang positif Zika atau mereka yang tinggal di kawasan aktif wabak Zika untuk melaksanakan polisi kontraseptif atau perancangan kehamilan, katanya.
"Kaedah itu menepati konsep Tanzim an-Nasl (menyusun zuriat keturunan) yang diharuskan di sisi Islam. Ia lebih mesra fitrah keibubapaan dan mampu menghindar pengguguran kandungan yang tidak perlu," katanya.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilapor sebagai berkata orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika yang boleh memudaratkan kehidupan keluarga atau bayi itu sendiri.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata beliau menerima pandangan Mufti Wilayah Persekutuan itu berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu yang dijangkiti Zika.
Dr Subramaniam berkata pandangan itu wajar dibincangkan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya boleh mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2016
Kementerian Kesihatan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Etika Biro Perubatan di peringkat kementerian susulan isu pengguguran kandungan bagi wanita hamil yang dijangkiti virus Zika. - Gambar hiasan
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Inflasi, pengguguran antara isu bagi pengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal AS
Dalam satu tinjauan, hampir satu pertiga pengundi menamakan inflasi dan 27 peratus menamakan pengguguran sebagai isu paling penting tahun ini.
Wujudkan jawatankuasa etika biro perubatan bincang gugur kandungan sebab Zika
Jawatankuasa itu perlu dianggotai pakar perbidanan, penyakit berjangkit, psikiatri, ahli etika bio dan tokoh agama.