Rangka kerja yang holistik dan komprehensif bagi buruh asing perlu diwujudkan untuk menambah baik produktiviti buruh tempatan selain menyelesaikan masalah upah di negara ini.
Kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Marzunisham Omar, lambakan pekerja asing yang murah boleh membahayakan tahap produktiviti selain pertumbuhan.
"Selesaikan masalah buruh asing dengan upah rendah, itu yang diperlukan perniagaan...iaitu dasar yang jelas bagi perkara ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga perlu menggalakkan sektor swasta untuk menggunakan automasi dan mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.
"Lakukan pembaharuan terhadap pasaran buruh dari segi undang-undang buruh dan peraturan," katanya, sambil menambah interaksi bersama penggiat industri baru-baru ini juga membincangkan penyelesaian serupa.
Marzunisham membuat kenyataan itu dalam perbincangan panel mengenai ekonomi Malaysia pada Khamis yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia bersempena Laporan Tahunan BNM 2018 yang dikeluarkan pada Rabu.
Terdahulu, Marzunisham berkata penawaran siswazah yang melebihi permintaan turut menyebabkan gaji permulaan yang rendah dan mengecilkan kelebihan pendidikan.
"Keadaan tidak sepatutnya begitu. Gaji permulaan bagi pemegang ijazah sarjana muda pada 2010 adalah RM1,993, namun ia telah berkurangan kepada RM1,983 pada 2018," katanya.
Peningkatan jumlah siswazah turut mengatasi manfaat pekerjaan bagi pekerjaan berkemahiran tinggi dengan 174,000 siswazah dilaporkan menyertai pasaran kerja tetapi hanya 99,000 pekerjaan berkemahiran tinggi diwujudkan dalam tempoh 2010 sehingga 2017, katanya.
Seorang lagi ahli panel, Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd Manokaran Mottain menyifatkan upah sebagai isu penting dan berdasarkan laporan bank pusat itu, gaji siswazah terbukti tidak mencatat sebarang kenaikan.
"Tumpukan kepada soal gaji dan lebih banyak pendekatan konkrit perlu diambil membabitkan pekerja asing. Soal upah seharusnya meningkat tetapi sebaliknya itu tidak berlaku kerana akses yang lebih mudah bagi mendapatkan tenaga buruh asing. Inilah yang perlu mereka (kerajaan) kawal," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Mar 28 2019
Kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Marzunisham Omar, lambakan pekerja asing yang murah boleh membahayakan tahap produktiviti selain pertumbuhan. - Gambar fail
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.