Tutup

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Arab Saudi

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Arab Saudi
Lawatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah selama tiga hari atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula hari ini hingga 14 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, lawatan khas selama tiga hari itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
"Lawatan khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI ke Arab Saudi ini melambangkan kesinambungan hubungan dua hala yang akrab dan istimewa antara kedua-dua negara.
"Lawatan khas ini juga akan menyumbang ke arah mengukuhkan lagi persahabatan antara Malaysia dan Arab Saudi," menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Keberangkatan Sultan Abdullah ke negara Timur Tengah itu diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan Istana Negara.-- BERNAMA

Tag: Yang di-Pertuan Agong, berangkat ke Arab Saudi, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Arab Saudi, lawatan, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.