Yuran untuk pelajar tempatan di universiti awam di negara ini ialah yang paling rendah di dunia, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar semasa tempoh pengajian.
"Sebagai contoh, pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membayar yuran sekitar RM2,000 setiap tahun bagi kursus ijazah kejuruteraan dan RM1,500 setahun untuk kursus ijazah perniagaan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Kenyataan itu adalah susulan laporan bertajuk 'The 11 Most Expensive Countries For A University Education' (11 Negara Paling Mahal Bagi Pendidikan Universiti) yang disiarkan dalam Businessinsider.com., semalam.
Merujuk kepada statistik mengenai pendapatan bulanan isi rumah daripada Jabatan Perangkaan, Zaini berkata dengan pendapatan bulanan isi rumah purata RM6,141 atau RM73,692 setahun pada 2014, ia menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia membelanjakan hanya tiga peratus daripada gaji tahunan mereka bagi yuran tuisyen di universiti awam.
"Ini bercanggah dengan laporan yang disiarkan dalam laman sesewang itu yang merujuk kepada 20 universiti awam di Malaysia, dan menyatakan bahawa isi rumah di Malaysia purata membelanjakan kira-kira 55 peratus daripada gaji mereka yang cuma RM2,052 sebulan bagi yuran universiti awam, dan bahawa ibu bapa akan mengalami pemotongan lebih separuh daripada gaji mereka untuk membayar tanpa biasiswa," kata beliau.
Zaini berkata kadar pengambilan di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah menyaksikan peningkatan konsisten secara sepenuh masa dengan kadar pengambilan meningkat daripada 376,000 pada 2004 kepada 698,000 pada 2014, yang disiarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
Beliau berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman pelajaran dengan 75 peratus daripada pelajar Malaysia di universiti awam mendapat manfaat bagi menampung yuran dan kos sara hidup pada 2013 dan 2014.
Pinjaman tersebut secara automatik bertukar kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh diploma dengan mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.67 atau lebih tinggi, kata beliau.
Zaini berkata pelajar Malaysia juga mendapat manfaat daripada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh yayasan dan agensi kerajaan dan layak bagi biasiswa kerajaan 'MyBrain15' untuk memupuk pembangunan modal insan dengan melanjutkan pengajian lepasan ijazah.
Bernama
Sat Nov 07 2015
Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar semasa tempoh pengajian. - Gambar Hiasan
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Yuran untuk pelajar tempatan di universiti awam antara paling rendah di dunia
Yuran untuk pelajar tempatan di universiti awam di negara ini ialah yang paling rendah di dunia, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi.