Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini.

Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia.

Sewaktu kunjungan hormat itu, Ahmad Zahid diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ibrahim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ali Besar dan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja empat hari di Indonesia sejak Jumaat.

Ini lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lepas.