Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau pernah berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas timbalan perdana menteri itu menegaskan, beliau tidak pernah menemui calon pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson itu sejak beliau keluar dari penjara.

“Boleh semak dengan pihak Imigresen. Saya tidak ada menemui beliau di Turki, atau di mana-mana sahaja sejak beliau dibebaskan,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengakui beliau ada bertemu empat mata dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan mengenai beberapa perkara.

“Kali kedua saya menemui Dr Mahathir bersama kepimpinan UMNO.

BACA: Apa 'rahsia' Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir?

"Banyak perkara yang telah kami bincangkan tetapi tiada keputusan yang konklusif. Ia menjurus kepada perbincangan secara umum,” katanya.

Beliau berkata sebagai pembangkang mereka berhak bertemu sesiapa sahaja sama ada di dalam kesepakatan parti-parti pembangkang atau di luar.