Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersimpati dengan nasib 1,200 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang ditamatkan perkhidmatan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Jasa yang telah memberikan sumbangan besar kepada kestabilan politik negara dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

"Saya bersimpati dengan mereka dan mendoakan agar Allah melindungi mereka serta keluarga," katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan jabatan akan dibubarkan termasuk Jasa, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).


Beliau menyifatkan Jasa dan JKKP perlu dibubarkan kerana ia berunsur politik.

BACA: SPAD dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan - Tun M

BACA: Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO

BACA: Badan-badan tidak relevan akan dibubar - Tun Mahathir