Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari selamat bernikah dengan pasangan pilihannya, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kedua-dua pasangan tersebut pernah menimbulkan kontroversi selepas perhubungan mereka menjadi bahan bualan politik.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Royal Perak Golf Club dan dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Dyana Sofia pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang manakala Zairil pula merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kerusi Tanjung Bungah, Pulau Pinang.