Pemberian zakat akan menjadikan harta seseorang diberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan sentiasa senang.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, ia sekali gus dapat mensucikan diri pemberi zakat, harta dan menjauhkan sifat kebakhilan dalam sikap manusia.
Ujarnya, zakat menjadikan kehidupan manusia stabil, mengurangkan kadar jenayah, menanam rasa kemanusiaan selain menyemai sifat menghormati serta mengasihi.
"Zakat ini juga kalau kita lihat dia memberi kesan yang cukup besar tatkala seseorang yang berzakat ini akan diberkati Allah, rezekinya juga akan disuburkan dan diberi kelebihan yang kita tidak sangka sama sekali.
"Bahkan kadang-kadang keberkatan zakat dapat difahami selepas fasa pemberian zakat," katanya semasa ditemui di pejabatnya di sini.
TONTON: Kemanakah wang zakat kita?
TONTON: Wang zakat mampu bangunkan ekonomi golongan asnaf
Jelasnya, zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang teramat banyak disinonimkan dan digandingkan dengan solat.
Katanya, pelaksanaan zakat itu mempunyai hubungan baik dengan manusia.
"Dengan sebab itu masyarakat yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat akan mendapat satu natijah yang cukup baik selain melahirkan negeri yang cemerlang.
"Sebenarnya zakat dari segi bahasa membawa makna subur, suci, membiak dengan baik dan memberi maksud positif serta kelebihan yang tersendiri.
"Benarlah satu hadis yang mengatakan malaikat pada waktu pagi dan malamnya ada yang berdoa khusus kepada pemberi zakat dan sedekah," ujarnya.
Tambah Zulkifli, zakat akan digantikan dengan ganjaran serta gantian selain golongan yang kedekut akan dilupuskan hartanya.
"Zakat sebenarnya diwajibkan kepada mereka yang cukup syarat, ada harta yang melebihi nisab, cukup haul tahunannya dan maka apabila cukup semuanya, wajib umat Islam tunaikan zakat.
"Malah ia akan jadi sesuatu yang kita sentiasa semak dan lihat agar harta kita tidak termasuk dalam yang layak dizakat tetapi tidak mengeluarkan zakat," katanya.
Jelasnya, isu itu perlu mendapat keprihatinan untuk mengelakkan fitnah seandainya diabai begitu sahaja.
"Ayuh, marilah sama-sama kita insafi diri untuk mengeluarkan zakat. Kita telah membantu
masyarakat asnaf yang berhak menerima zakat, mereka akan berdoa, mengangkat tangan berdoa kesenangan serta keselesaan pemberi zakat.
"Alangkah baiknya jika sekiranya kita dapat melaksanakan dan kita merasai sebuah kebahagiaan yang bersifat abadi kerana patuhi perintah Allah," katanya.
Katanya lagi, masyarakat juga seharusnya memikirkan cara untuk menempatkan diri di dalam golongan pemberi zakat dan sentiasa diberkati Allah.
Talian zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) adalah 1-300-88-5757 atau di laman sesawang www.zakat.com.my.
Wan Syamsul Amly
Fri Oct 13 2017
ZULKIFLI: Kadang-kadang keberkatan zakat dapat difahami selepas fasa pemberian zakat, - Gambar YouTube.com / Kuliah LiVe @alittihadiyyah
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.