Selaras dengan kejayaan negara dalam laporan Corporate Governance Watch tahun lalu, kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi mengukuhkan kedudukan negara dalam tadbir urus korporat.

Antara cadangan kerajaan adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Perkara tersebut diumumkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media berikutan mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai anti-rasuah (JKKMAR) kali kelapan, di Putrajaya.

Tahun lalu, Malaysia mencatat perkembangan positif laporan tahunan oleh Asian Corporate Governance Association (ACGA) yang mengkaji keberkesanan kerajaan dalam tadbir urus korporat.

Malaysia menaiki tiga tangga dari tempat ketujuh pada tahun 2016 kepada tempat keempat teratas dalam kalangan 12 negara Asia Pasifik pada 2018.

Corporate Governance Watch merupakan laporan tahunan oleh Asian Corporate Governance Association (ACGA) dan CLSA Limited yang mengkaji keberkesanan kerajaan dalam tadbir urus korporat.

Malaysia naik tiga anak tangga dari tempat ketujuh pada tahun 2016 ke tempat keempat teratas dalam kalangan 12 negara Asia Pasifik tahun lalu.

Kata Dr Mahathir, Mesyuarat JKKMAR turut mencapai beberapa keputusan dalam menjayakan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).

Antara inisatif utama adalah untuk mewujudkan kaedah tapisan keutuhan bagi pemilihan pengurusan tertinggi dalam entiti berkepentingan kerajaan.

Sebagai contoh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat berkepentingan kerajaan perlu melalui pelbagai jenis semakan, serta dengan ahli keluarga mereka bagi memastikan tadbir urus baik dalam entiti korporat.

Selain itu, JKKMR turut mengenaskan usaha untuk menambah baik proses reformasi dalam sistem pilihan raya, contohnya seperti tidak membenarkan ahli Kabinet berkempen ketika waktu bekerja.

Antara usaha lain membabitkan inisiatif untuk mengukuhkan proses pengeluaran permit dan lesen di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; meningkatkan ketelusan perolehan awam; dan memperkukuh perkhidmatan awam dengan MyPortfolio.

Tambah Dr Mahathir, mesyuarat JKKMAR turut diberi lima cadangan daripada Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC).

Antaranya adalah untuk memastikan semua menteri mengisytiharkan harta kepada SPRM; melaksanakan dasar penerimaan hadiah; dan melaksanakan Pelan Antirasuah peringkat organisasi masing-masing.

Selain itu, mereka turut mencadangkan supaya kerajaan mengadakan mesyuarat pemantapan governans, integriti dan antirasuah diperingkat kementerian serta meningkatkan ketelusan perolehan awam dan pengurangan risiko rasuah.