Belanda akan meneruskan siasatan terperinci untuk mencari punca penembakan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di timur Ukraine dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Ini dinyatakan Selasa oleh Menteri Luar Belanda Bert Koenders semasa acara yang diadakan di Institut Keamanan Antarabangsa di New York apabila beliau menyampaikan ceramah tentang 'Bangsa Bersatu pada 70', yang menonjolkan peranan konstruktif dan berguna dalam semua bentuk hal ehwal dunia tetapi juga menggesa bagi reformasi.

"Tahun 2014 adalah sukar bagi masyarakat dunia. Berikutan tragedi MH17, Kerajaan Belanda mengalami secara langsung bagaimana krisis global masa kini menjadi celaru. Hal ehwal luar menjadi terlalu peribadi untuk kebanyakan rakan senegara saya.

"Kami kehilangan hampir 200 rakyat (Belanda) tetapi banyak keluarga di seluruh dunia kehilangan orang tersayang. Kami masih bekerja keras dengan semua pihak untuk membantu siasatan bertujuan mencari pelaku yang bertanggungjawab," kata Koenders semasa berucap pada auditorium IPI yang penuh sesak.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu juga menunjukkan bahawa di negaranya, seperti di kebanyakan negara lain, bahawa "krisis antarabangsa boleh menyentuh perasaan warga negara individu walaupun jauh', menjadikan dasar dalam dan luar negara saling berkait rapat.