Seorang mangsa tragedi nahas pesawat MH17 warganegara Britain, Liam Sweeney selamat disemadikan di kampung halamannya pada Jumaat.

Jasad Sweeney, salah seorang peminat pasukan Bola Sepak New Castle United, dibawa melalui stadium pasukan itu di St James's Park sebelum ke gereja.

Majlis peringatan untuk Sweeney turut dihadiri pengurus Newcastle United Alan Pardew dan kapten pasukan itu, Fabricio Coloccini.

Sweeney dan seorang lagi peminat pasukan itu John Alder dalam perjalanan Ke New Zealand untuk menyaksikan perlawatan persahabatan pra musim sebelum nahas menimpa pesawat.

Mereka adalah antara 298 penumpang pesawat malang itu yang ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai.