Suasana suram menyelubungi proses pengurusan empat mayat bukan Islam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini pada Sabtu.
Upacara penuh keagamaan itu membabitkan ritual agama Buddha dan Tao, yang bermula pada kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.
Ketua Agama Buddha Reverend Sing Han dan Ketua Agama Tao Daozhang Tan Boon Sin, yang dibawa khas dari Malaysia, mengetuai upacara itu termasuk proses sembahyang dalam satu bilik khas.
Kelihatan empat keranda diletak secara bersusun dalam bilik itu namun upacara dijalankan secara tertutup untuk umum, termasuk media Malaysia yang berada di sini sejak pagi.
Kedengaran loceng dibunyikan selain mantera dan bacaan mengikut anutan serta kepercayaan masing-masing dilakukan, termasuk bertafakur sebelum upacara berakhir kira-kira sejam kemudian.
Kedua-dua ketua agama secara ringkas memaklumkan upacara menyempurnakan mayat terbabit dijalankan secara serentak, sempurna dan teratur.
Mereka berkata upacara penuh keagamaan itu diharap dapat memberi penghormatan terakhir kepada mayat agar roh mereka tenang dan aman.
Seorang anggota keluarga yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa terbabit dalam upacara itu bagaimanapun enggan ditemu bual.
Upacara menguruskan satu mayat beragama Hindu dilakukan oleh Ketua Agama berkenaan Datuk S.Mohanshan pada Khamis manakala satu mayat beragama Sikh pula disembahyangkan oleh Ketua Agama Sikh Sardar Harcharan Singh pada Jumaat.
Sementara itu, upacara solat jenazah, bacaan Yassin dan tahlil bagi enam penganut Islam dilakukan pada Selasa dan Rabu di pusat ini, juga disempurnakan Imam Besar Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat.
Dalam pada itu, dua mayat beragama Kristian dijangka diurus oleh paderi dari Majlis Gereja Belanda pada Isnin.
Kesemua mayat adalah antara 16 yang akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10 pagi pada 22 Ogos.
Sebelum ini, tarikh itu diumum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan pada hari berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines itu, yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab -- Bernama
Bernama
Sat Aug 16 2014
Ketua agama Buddha, Reverend Sing Han menjalankan upacara keagamaan agama Buddha di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage di The Hague - Foto Bernama
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya.
Klopp puji prestasi Fabinho lawan Ajax
Fabinho memulakan perlawanan itu sebagai gandingan Joe Gomez di posisi pertahanan tengah dan membantu Liverpool memulakan kempen UCL musim ini dengan kemenangan 1-0 di Amsterdam.