Kerajaan akan memberi peruntukan khas kepada sekolah agama rakyat swasta sebagai mengiktiraf usaha berterusan institusi berkenaan menegakkan syiar Islam.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu akan diberikan kepada institusi yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mengikut kurikulum yang disediakan oleh kementerian.
"Sekolah ini boleh kita anggap sebagai sekolah agama swasta tetapi boleh mendapat bantuan daripada kerajaan pusat. Jadi, insya-Allah, ini akan kita laksanakan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai masjid dan surau, ahli jawatakuasa kariah serta pendakwah Wilayah Persekutuan di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, pelbagai program untuk mempertahankan akidah umat Islam di negara ini dapat dilakukan kerana Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Kerajaan juga mempunyai institusi yang memelihara agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama negeri manakala pendidik dan pendakwah serta kegiataan agama Islam diberikan sokongan dan pembiayaan.
"Untuk tegakkan syiar Islam, kerajaan telah membangunkan institusi seperti masjid, surau, lantik imam, ambil guru agama dan bagi latihan yang secukupnya kepada pendakwah," katanya.
Tambah Muhyiddin, UMNO sebagai parti orang Melayu dan Islam terbesar telah banyak memperjuangkan agama Islam yang menjadi teras perpaduan ummah.
Pada masa sama, Muhyiddin juga menegaskan golongan pendakwah turut mempunyai tugas dan peranan yang sama dengan kerajaan dalam menangkis fahaman songsang.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan Jawi sebanyak RM377,500 kepada 755 penerima terdiri daripada Imam Terbaik, Bilal Terbaik, Noja Terbaik, Masjid Terbaik, Surau Jumaat Terbaik Dan Surau Terbaik.
Hakim Rahman
Mon Apr 22 2013
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.
Menteri Agama nafi dakwaan sekolah agama di Selangor diarah tutup
Dakwaan lebih 200 buah sekolah agama di Selangor diarah tutup adalah tidak benar dan perkara tersebut dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Hentikan fitnah diulang-ulang - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah kononnya lebih 200 sekolah agama persendirian di negeri ini akan ditutup.
Calon SDKA 2022 Johor peroleh keputusan cemerlang 7 agregat menurun kepada 79 orang
Jumlah calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2022 Sekolah Agama Kerajaan Johor yang memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat menunjukkan penurunan kepada 79 orang.
JAINJ siasat dakwaan kanak-kanak dijemur tengah panas
Pihak JAINJ telahpun mengarahkan siasatan dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ berhubung kes itu.
SPM 2021: Berkat kongsi gajet dengan adik, 10A dapat, motosikal pun dapat
Nur Tasnim tidak menyangka akan memperoleh 10A kerana terpaksa bergelut untuk membuat ulang kaji secara atas talian berikutan kekangan dari segi kemudahan internet.
Pengawal keselamatan cabul kanak-kanak di sekolah dihadap ke mahkamah
Ab Rashid Abdullah, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Sesi persekolahan penggal ketiga sekolah agama di Johor bermula 9 Jan
Bagaimanapun, sesi persekolahan bagi Tadika Agama Johor dibenarkan beroperasi pada 2 Jan ini.
Peperiksaan SMA, SMATG, SMATD 2021 ditunda ke suku pertama 2022 - JAIS
Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) bagi tahun 2021 ditangguhkan.
Guru hadapi tuduhan liwat terhadap pelajar
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Teluk Kumbar, Pulau Pinang antara 20 November 2020 hingga 14 Mac lalu.