Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal pada Selasa boleh dipadam timbul ekoran kegagalan sebahagian daripada petugasnya untuk mematuhi cara penggunaan dakwat berkenaan.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, badan itu percaya dakwat kekal itu boleh dicuci kerana botolnya tidak digoncang terlebih dulu sebelum dicalit kepada pengundi.
Sehubungan itu, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat itu.
"SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.
Tambah beliau, SPR juga akan mengadakan satu demonstrasi kepada media pada Khamis ini untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal itu jika dicalitkan pada jari pengundi mengikut cara penggunaannya, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi.
Kenyataan SPR itu adalah reaksi kepada pendedahan beberapa pengundi awal yang tersebar melalui laman sosial bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari mereka mudah hilang dengan basuhan air atau sabun.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua juga mendakwa menerima aduan sama daripada beberapa anggota polis dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Koperasi Polis, Batu Caves.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga membuat satu laporan berasingan di Sentul selepas melihat sendiri dakwat berkenaan dipadamkan daripada jari seorang anggota tentera.
Menurut Kamaruddin, susulan pendedahan dan aduan polis tersebut, SPR pada Selasa telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal terhadap pegawai-pegawainya yang telah mengundi secara pos.
Ujian itu dibuat dengan menggunakan dakwat kekal daripada botol yang tidak digoncang serta botol yang telah digoncang mengikut cara-cara penggunaan yang dinyatakan pada kotak dan botol dakwat berkenaan.
"Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang," katanya.
Kamaruddin turut menjelaskan ujian SPR sebelum ini juga mendapati dakwat itu boleh kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari.
Pada masa sama, SPR menegaskan bahawa semua pengundi awal yang telah selesai mengundi pada Selasa tidak boleh mengundi sekali lagi pada Ahad ini kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada hari itu.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam pada itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan kerana ada laporan polis telah dibuat mengenainya.
Penggunaan dakwat kekal diperkenalkan pertama kali dalam pilihan raya umum ini sebagai antara usaha pembaharuan untuk meningkatkan ketelusan sistem pengundian.
Sila klik untuk membaca keterangan penuh SPR .
Astro Awani
Tue Apr 30 2013
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Chini Memilih: Mengundi dalam kelaziman baharu, ini anda perlu tahu
Ini perkara yang anda perlu tahu bagaimana proses pengundian normal baharu dijalankan.
Warna dakwat kekal hanya diketahui 5 Mei -- SPR
Warna dakwat yang akan diguna pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanya akan diketahui umum pada hari pengundian.