Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.
Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di sini pada pukul 11.55 malam.
Ia dilakukan setelah Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.
Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pada pilihan raya umum lalu menguasai 38 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Barisan Nasional enam kerusi.
Namun pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 Nov 2010, BN merampas kembali kerusi itu dari PAS.
Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menguasai lapan kerusi, BN (2), PKR (3) dan Bebas (1).
Tarikh akhir DUN Kelantan adalah pada 28 April ini.
Bernama
Fri Apr 05 2013
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini
Pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, mohon perkenan bubar DUN pada 28 Jun
Aminuddin berkata beliau akan menghadap Tuanku Muhriz pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
NTF bubar secara rasmi 31 Disember
National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.
PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.
Sekarang bukan masa sesuai untuk PRU - Chieng Jen
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan membubarkan parlimen pada ketika negara berdepan risko banjir sebagai terburu-buru.
Tiada keperluan bubar DUN Johor ketika ini - Ahmad Faizal
Bagaimanapun, jika pembubaran tetap berlaku, Bersatu akan kekal mengambil bahagian dalam PRN Johor.