Pakatan Rakyat Selangor akan mengumumkan senarai calon dan manifesto pilihan rayanya pada Khamis.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PR Selangor, berkata beliau yakin calon pilihan mereka mampu mempertahan semua 36 kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008.

Antara janji dalam manifesto PRU13 PR Selangor ialah menyediakan dana kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta dapat membina rumah mampu milik, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.