Sementara teka-teki mengenai “Bilakah pilihan raya ke-13 akan diadakan?” berterusan, ramai pemerhati, termasuk penganalisa dan media, tidak menolak kemungkinan beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik.

Pada Khamis, DUN Negeri Sembilan adalah DUN pertama di Malaysia yang terbubar dengan sendiri selepas pilihan raya pada tahun 2008. Ia bermakna, Negeri Sembilan akan ditadbirkan dibawah kerajaan sementara.

Selepas Negeri Sembilan, DUN berikutnya yang akan terbubar dengan sendiri (jika tiada pembubaran) adalah Pahang. Ini akan diikuti dengan DUN Johor dan Selangor dalam masa tiga minggu.

Undang-undang menyatakan bahawa DUN berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat yang pertama kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Berikut merupakan tarikh mesyuarat pertama DUN mengikut negeri (sejak pilihan raya ke-12):

PRU13